Dalbergia sissoo (sissoo) is an extensively planted tree species in Bangladesh, primarily because of its fast growth rate and multiple economic benefits. However, only a few studies have quantified baseline timber volumes attainable under sissoo cultivation in Bangladesh, and even fewer since large-scale sissoo dieback occurred in the mid- and late 1990s. Using data from 72 plantations across five Bangladeshi regions, we derived region-specific rotation-age volume estimates for sissoo. We also examined how sissoo volumes were correlated with plantation characteristics (plantation age, per cent mortality, per cent sissoo and tree density) and soil characteristics (texture, soil pH and organic matter). Sissoo volume estimates differed significantly across regions, ranging from 52.0—80.0 m3 ha-1 in the Khulna and Chuadanga regions respectively. Our highest estimates were considerably lower than virtually all reported sissoo volume estimates due to high tree mortality in the plantations we surveyed (46.4 ± 11.3% of stems). Sissoo volume was negatively associated with soil clay content whereby the lowest region-specific rotation-age volumes associated with the highest average clay content. Results of this study suggest sissoo plantations in Bangladesh are likely to yield less revenue earnings than they have historically or compared with other commercial plantation species. Dalbergia sissoo merupakan pokok yang ditanam luas di Bangladesh kerana kadar pertumbuhannya yang pesat serta faedah ekonomi yang besar. Bagaimanapun, hanya beberapa kajian telah menentukan garis asas isi padu yang dapat dicapai dengan penanaman D. sissoo di Bangladesh dan jumlahnya semakin berkurangan sejak serangan mati rosot secara besar-besaran pada awal dan lewat tahun 1990-an. Menggunakan data daripada 72 ladang di lima wilayah di Bangladesh, kami memperoleh anggaran isi padu usia pusingan wilayah tertentu. Kami juga menyelidik bagaimana isi padu D. sissoo dikaitkan dengan ciri ladang (usia ladang, peratus kematian, peratus D. sissoo dan kepadatan pokok) serta ciri tanah (tekstur, pH tanah dan bahan organik). Anggaran isi padu D. sissoo berbeza dengan signifikan merentas wilayah dan berjulat antara 52.0 di Khulna hingga 80.0 m3 ha-1 di Chuadanga. Anggaran tertinggi yang diperoleh dalam kajian ini jauh lebih rendah berbanding isi padu sissoo yang pernah dilaporkan. Ini disebabkan kadar kematian yang tinggi di ladang iaitu sebanyak 46.4 ± 11.3% batang. Isi padu sissoo berkait secara negatif dengan kandungan tanah liat yang mana isi padu usia pusingan wilayah tertentu yang terendah berkait dengan kandungan tanah liat yang tertinggi. Keputusan kajian mencadangkan bahawa ladang di Bangladesh besar kemungkinan memberi hasil yang berkurangan berbanding dengan hasil sebelum ini serta spesies ladang komersial yang lain.